Dijangka 1500 Delegasi Hadir TDC 2016 PRS

BINTULU : Persidangan Perwakilan Tri-Tahunan Parti Rakyat Sarawak (PRS) berlangsung di Bintulu pada kali ini dijangka akan dihadiri 1500 delegasi daripada 38 bahagian seluruh Sarawak.

Bahagian-bahagian tersebut terdiri daripada Zon Selatan meliputi Tasik Biru, Tanjung Datu, Batu Kawa, Mambong, Tarat, Tebedu, Kedup, Balai Ringin, Bukit Begunan, Simanggang, Engkilili, Batang Ai dan Layar.

Zone Tengah pula terdiri daripada Repok, Meradong, Pakan, Meluan, Ngemah, Machan, Bukit Assek, Dudong, Tamin Pelagus, Katibas, Baleh, Belaga dan Murum.

Manakala Zone Utara pula ialah Kakus, Jepak, Tanjong Batu, Kemena, Samalaju, Bekenu, Lambir, Pujut, Senadin, Bukit Kota dan Batu Danau.

Persidangan Perwakilan Tri-Tahunan akan berlangsung selama tiga hari bermula 20 hingga 23 Oktober 2016. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA