Demokrasi Lebih Subur Di Era Najib Berbanding Dr Mahathir


KUALA LUMPUR: Kebebasan dan demokrasi di negara ini lebih subur pada masa Barisan Nasional (BN) di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berbanding era Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata kebebasan dalam sistem kehakiman dan perundangan dipulihkan, manakala kebebasan menyatakan bantahan dijadikan sebahagian daripada undang-undang menerusi Akta Perhimpunan Aman 2012.

Malah, undang-undang yang digunakan Dr Mahathir utuk menekan mereka yang menentangnya, seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sudah dimansuhkan apabila Najib menjadi Perdana Menteri, katanya.

Demokrasi di Malaysia tumbuh subur
"Demokrasi di Malaysia tumbuh subur dalam suasana yang tidak pernah dinikmati di bawah pemerintahan Dr Mahathir," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Abdul Rahman yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, bagi mereka yang memahami sejarah Malaysia, agak menghairankan apabila mendengar Dr Mahathir bercakap mengenai demokrasi.

Katanya, baru-baru ini, Dr Mahathir secara terbuka mengakui pernah menjadi diktator ketiga memegang tampuk kuasa yang mana ia sesuatu yang sudah diketahui umum.

Beiau berkata, lebih ironi lagi apabila pemimpin pembangkang termasuk Datuk Seri Anwar Inrahim, Lim Kit Siang dan Lim Guan Engg mempelajari erti demokrasi daripada Dr Mahathir, padahal pernah dipenjarakan sewaktu Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Sifatkan pentadbiran Dr Mahathir 'autoritarian'
Seorang lagi sekutu baharu, Datuk Zaid Ibrahim, pernah menyifatkan pentadbiran Dr Mahathir sebagai 'autoritarian' dan demokrasi UMNO 'mati' di bawah pimpinannya, selain memusnahkan sistem perundangan serta kebebasan sistem kehakiman. Dengan semua ini sekalipun, Zaid kini meminta Dr Mahathir kembali memerintah.

Hakikatnya, Dr Mahathir kecewa kerana gagal menggulingkan kerajaan yang dilantik secara demokrasi supaya anaknya yang kecundang dalam politik dapat menjadi Perdana Menteri," katanya. BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA