Dari Darah Gemuruh Sehingga Bergelar Penyanyi



KOTA SAMARAHAN : Permulaan karier seorang penyanyi bukan semudah yang disangka kerana pada awalnya terpaksa membentuk keyakinan terhadap diri sendiri.

Penyanyi muda yang sedang popular dengan lagu 'Bujang Sebuyau', Shasa Julian mempunyai cerita tersendiri sebelum begelar penyanyi.

"Sifat gemuruh untuk berdepan dengan orang ramai sering menjadi masalah pada saya ketika saya belum lagi menjadi penyanyi,"

"Malah ketika merakam album saya masih lagi mempunyai perasaan gemuruh untuk berhadapan dengan penonton," katanya kepada Sarawakiana.

Menurut Shasa, kadang-kadang beliau terfikir untuk menolak sahaja jika ada sesiapa yang menyuruh beliau menyanyi di hadapan orang ramai.

"Orang yang prihatin terhadap kelemahan saya ialah kedua ibubapa saya,"

"Mereka mula bersikap tegas dan sering memaksa saya untuk kerap kali muncul dikhalayak ramai dan menggalakkan saya untuk mempunyai kawan yang lebih ramai," ujarnya lagi.

Shasa menambah, hasil desakan yang berterusan daripada ibubapa dan rakan-rakan, beliau kini lebih yakin untuk membuat persembahan di hadapan penonton dan terus menghibur peminat sebaik mungkin.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA