Dari Buskers Kepada Peniagaan Laksa Sarawak Udang Galah



KUCHING : Bagi yang meminati dunia busking, pasti pernah menyaksikan Intan Buskers beraksi di Tebingan Kuching.

Mohammad Bakri 43, yang merupakan ketua kumpulan Intan Busker pula menceburi dalam bidang perniagaan makanan dengan sajian makanan popular di Sarawak.

Bigfood Urban Foodies yang beroperasi di Tebingan Kuching menyediakan menu seperti Laksa Sarawak Udang Galah, Mee Kolok, Mee Jawa dan Sotong Tutok.

Mohammad berkata antara makanan paling popular ialah laksa Sarawak udang galah yang menjadi pilihan utama pelanggan.

"Beroperasi di Tebingan Kuching adalah satu lokasi dimana ia akan memperkenalkan makanan Sarawak kepada pelancong kerana lokasi tersebut adalah kawasan kegemaran pelancong dari luar negara.

"Setakat ini sambutan begitu menggalakan dan mampu menambah peningkatan pendapatan keluarga," katanya kepada Sarawakiana.



Mohammad turut menceritakan bagaimana beliau boleh mencebur diri dalam perniagaan tersebut dan mengakui bahawa bakat memasak isteri beliau menjadi pendorong beliau berniaga makanan.

"Saya telah mengimpikan untuk berniaga seperti ini pada satu ketika dahulu tetapi kekangan kewangan membataskan impian saya.



"Oleh kerana pada kali ini kewangan mencukupi disamping kelebihan isteri yang pandai memasak, saya tanpa berfikir terlalu panjang terus membuka perniagaan ini," jelasnya.

Menurut beliau lagi, aktiviti buskers tetap diteruskan kerana anggota Intan buskers terdiri daripada anak-anak beliau sendiri.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA