DAP Patut Didik Masyarakat Buang Sampah Cara Betul



Tidak banyak isu politik yang DAP Sarawak cuba bangkitkan pada kali ini. Mungkinkah mereka sudah ketandusan modal untuk mencari kelemahan kepimpinan Ketua Menteri Sarawak.

Banyak isu berkenaan pembuangan sampah, parit tersumbat dan isu ada kaitan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dibangkitkan.

DAP menyalahkan PBT dalam hal tersebut memandangkan ahli dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) kebanyakkan menjadi Kaunsilor serta pengerusi PBT.

Isu pembuangan sampah yang menyebabkan sistem saliran tersumbat dijadikan akses untuk menyalah PBT sekaligus melibatkan kerajaan. Malah DAP terang-terang menyatakan bahawa pengurusan yang tidak betul menyebabkan hal tersebut berlaku.

Namun pihak PBT tidak berdiam diri dan menerangkan perkara sebenar. Isu pembuangan sampah merata-rata bukan isu yang baru berlaku pada kali ini, ia telah berlaku sejak sekian lama.

PBT dan kerajaan telah melakukan berbagai kempen untuk memberi pengajaran kepada masyarakat agar menjaga kebersihan termasuk kebersihan ditempat awam.

Isu pembuangan sampah yang menyebabkan saluran tersumbat adalah perbuatan masyarakat sendiri yang tidak peka kesan keburukan perbuatan tersebut. Pihak PBT sering melakukan pembersihan tersebut dan PBT tidak mampu secara sekaligus kerana kurangnya tenaga kerja untuk melakukan tugas dalam tempoh serentak.

Sepatutnya perkara sebegini seharusnya ditangani bersama dan bukan menyalahkan sebelah pihak sahaja. DAP perlu bekerjasama dengan PBT untuk memberitahu rakyat tentang pentingnya menjaga kebersihan.

DAP seharusnya mendidik masyarakat agar membuang sampah secara betul dan bukan menyalahkan pihak PBT dan kerajaan semata-mata hanya kerana kekurangan isu politik.

Dalam hal tersebut, DAP hanya berkepentingan untuk meletakkan DAP lebih kehadapan dalam isu rakyat sedangkan agenda sebenar untuk kelangsungan politik mereka yang lemah dan tidak bermaya.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA