DAP Ibaratkan Penjawat Awam Seperti 'Biawak Hidup'


Marah benar DAP kepada penjawat awam. Dalam polemik terbaharu permusuhan DAP dengan penjawat awam, Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaannya, Tony Pua kelmarin mengibaratkan penjawat awam seperti `biawak hidup’.

Puncanya kerana perbelanjaaan tinggi dalam Bajet 2017 yang diperuntukkan kerajaan kepada kumpulan strategik kerajaan ini. Barangkali DAP terkilan atau dengki dengan penjawat awam, kita kurang pasti.

Tetapi mengapa DAP sengaja mahu cari pasal dengan penjawat awam? Adakah kerana sebahagian besar kakitangan dan pegawai kerajaan terdiri daripada orang Melayu telah menaikkan rasa `meluat’ DAP?

Jika diteliti, 10 insentif kepada penjawat awam yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam bajet tersebut adalah hasil timbang rasa kerajaan terhadap komitmen tinggi penjawat awam.

Antaranya, dengan menaikkan had kemudahan pembiayaan perumahan penjawat awam kepada RM200,000 hingga RM750,000. Selain itu, menyiapkan 30,000 unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia dan dijual pada harga RM90,000 hingga RM300,000.

Di mata DAP, perbelanjaan ini amat tinggi. Tetapi realitinya, ini adalah imbalan dari hasil kerja keras penjawat awam dalam menggerakkan perkhidmatan untuk rakyat.

Ini kali kedua DAP berkonflik dengan penjawat awam. Pada 2011, parti cauvinis ini merancang satu “Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam”. Dikatakan ini akan dilakukan secara berperingkat-peringkat setiap tahun sekiranya pakatan rakyat menang dalam pilihan raya umum 2013. Tetapi mujurlah kekalahan yang datang.

Mengeluarkan peruntukan kepada penjawat awam umpama satu pembaziran buat DAP.

Ini mengakibatkan tanpa rasa bersalah, sanggup pembangkang mengesyorkan agar peruntukan kepada Jabatan Perdana Menteri dikurangkan sebanyak RM10 bilion. Yakni, daripada jumlahnya pada 2016 sebanyak RM20.3 bilion kepada RM10.3 bilion sahaja pada 2017.

Masakan DAP tidak tahu terdapat 58 agensi beroperasi di bawah Jabatan Perdana Menteri? DAP nampaknya tidak boleh berlaga angin dengan penjawat awam.

Kalau tidak, takkanlah dalam Bajet Alternatif pakatan harapan 2017 tidak ternampak pun sebarang usaha untuk menghargai penjawat awam melalui pemberian intensif khas atau bonus?

Bajet Alternatif pakatan rakyat 2016 pun tidak ternampak minat pembangkang untuk hargai pahit-jerih penjawat awam. DAP jangan bermain api dengan penjawat awam. Kelak kamu `membakar diri’ dalam PRU-14.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA