Daniel Craig Masih Pilihan Pertama Ejen 007


LONDON: Pasukan di belakang tabir filem James Bond mahu Daniel Craig kembali sebagai ejen 007, walaupun selepas aktor British itu berkata, beliau sanggup mengelar tangannya daripada muncul semula.

Bintang berusia 48 tahun itu 'sudah pasti pilihan pertama' dan kami amat gembira jika Daniel kembali sebagai Bond," kata Callum McDougall kepada radio BBC.

Craig berkata tahun lalu, beliau sudah 'tamat' memegang peranan ejen perisik itu selepas penggambaran terakhir Spectre selesai, yang memperoleh kutipan kasar AS$880 juta (RM3.66 bilion) di seluruh dunia.

Apabila ditanya jika beliau dapat membayangkan dirinya melakukan satu lagi penggambaran filem Bond, Craig memberitahu majalah Time Out di sini:

"Sekarang saya lebih rela pecahkan kaca dan kelar tangan saya.:

Kata-katanya mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai siapa yang bakal memegang watak Bond berikutnya dengan nama seperti Idris Elba, Tom Hiddleston dan Aidan Turner antara pencabar teratas.

Craig dipuji kerana membawa semangat baharu peranan ejen rahsia bergaya dalam lebih empat filem, bermula dengan Casino Royale pada 2006.

Satu laporan laman hiburan RadarOnline bulan lalu berkata, Craig sudah ditawarkan AS$150 juta (RM621.67 juta) oleh studio Sony untuk kembali berlakon dalam dua filem.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA