DAMA 2016 : Eyqa Pertaruh Lagu 'Padamka Nama Aku'


KUCHING : Artis muda Eyqa Saifeeqa artis yang sedang meningkat naik dalam industri muzik tempatan dicalonkan dalam kategori lagu paling popular menerusi 'Padamka Nama Aku' pada Anugerah Muzik Dayak 2016 yang dianjurkan oleh Dayak Artist Music Association (DAMA) Oktober ini.

Menurut Eyqa, lagu tersebut digubah sepenuhnya oleh Jesley Jabu Bajang dan Matthius Mambang bajang  yang merupakan diantara komposer terkenal Sarawak.

"Ini adalah pencalonan pertama saya dalam anugerah tersebut dan calon-calon semuanya terdiri daripada artis-artis tempatan yang cukup hebat dan sudah sekian lama bertapak dalam industri muzik negeri ini.

"Perasaan gementar memang terasa kerana artis yang dicalonkan memang mempunyai pengalaman yang luas dalam muzik dan saya cukup bersedia dicalonkan kategori lagu paling popular," katanya kepada Sarawakiana di sini.

Menurut Eyqa, beliau juga gembira kerana tidak menyangka lagu tersebut dicalonkan pertama kali pada anugerah kali ini dan ia adalah langkah positif pada peringkat awal beliau menceburi bidang tersebut sebagai seorang penyanyi.

Beliau menambah, beliau sering menyanyikan lagu Padamka Nama Aku setiap kali beliau mengadakan persembahan di pentas, ketika megikut kumpulan busking dan sebagainya bagi memperkenalkan lagu tersebut.Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA