Daesh sahkan kematian ketua propaganda


BEIRUT: Pergerakan militan Daesh pada Isnin mengesahkan kematian ketua propaganda, yang dikatakan Pentagon terbunuh dalam serangan udara diketuai Amerika Syarikat di wilayah Raqqa bulan lalu.

Dalam kenyataan yang disiarkan secara online, kumpulan militan itu menyatakan penghormatan kepada Wa'il Adil Hasan Salman al-Fayad, juga dikenali sebagai Abu Mohammed al-Furqan.

Ia tidak menyatakan bila, di mana atau bagaimana beliau meninggal dunia.

Pentagon, bulan lalu berkata serangan udara diketuai Amerika di Syria pada 7 September lalu mengorbankan al-Fayad.

Ia berkata, beliau ialah Menteri Penerangan yang memantau propaganda Daesh, dan anggota kanan Majlis Kanan Syura atau kumpulan kepemimpinan pergerakan itu.

Kenyataan Daesh merujuk al-Fayad sebagai ketua sayap medianya.

Serangan udara dilancarkan berhampiran Raqqa, di utara Syria, dan menyasarkan al-Fayad ketika beliau berada di atas motosikal di luar rumahnya.

Daesh mengawal sebahagian besar Iraq dan Syria dan menyiarkan tindakannya memenggal kepala wartawan dan pekerja bantuan sejak beberapa tahun lalu.- Agensi

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA