Daesh Guna Berpuluh Ribu Penduduk Sebagai Perisai DI Mosul



GENEVA: Militan Daesh di Iraq menculik berpuluh-puluh ribu penduduk awam yang terdiri daripada lelaki, wanita dan kanak-kanak di kawasan sekitar Mosul dan menggunakan mereka sebagai 'perisai manusia' di bandar yang mana tentera kerajaan Iraq sedang mara," kata pejabat hak-hak kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Jumaat.

Jurucakap hak-hak asasi manusia PBB, Ravina Shamdasani, berkata militan Sunni yang dikenali sebagai ISIL, membunuh kira-kira 232 orang pada Rabu lalu termasuk 190 bekas tentera Iraq dan 42 penduduk awam yang enggan mematuhi arahan mereka.

"Laporan yang boleh dipercayai menunjukkan bahawa ISIL memaksa berpuluh ribu orang awam keluar dari rumah mereka di pinggir bandar sekitar Mosul dan secara paksa menyusun semula bilangan mereka di dalam bandar itu sejak operasi dilakukan pada 17 Oktober lalu untuk mengembalikan kawalan kerajaan Iraq ke atas Mosul," katanya.

Ravina Shamdasani berkata, cara digunakan itu bertujuan 'menggunakan mereka sebagai 'perisai manusia' selain bagi membolehkan mereka menghampiri pusat kawalan tentera, sekali gus menggagalkan operasi tentera menentang mereka.

Katanya lagi, hampir 8,000 keluarga yang dianggarkan mempunyai enam anggota dalam setiap keluarga, diculik di pinggir bandar sekitar Shura.

"Strategi pengecut ISIL ialah cuba untuk menggunakan kehadiran tebusan orang awam untuk mengaburi kawasan-kawasan tertentu atau penangkis kepada operasi tentera dengan perisai manusia yang terdiri daripada berpuluh-puluh wanita, lelaki dan kanak-kanak," katanya.

"Kebanyakan mereka yang enggan mematuhi arahan maut ditembak di tempat kejadian," katanya. Katanya lagi, laporan itu adalah daripada mereka yang berjaya melarikan diri serta kumpulan bantuan perubatan yang bekerjasama dengan PBB. - Reuters.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA