Dadah Dalam Keju


MEXICO CITY: Polis di sini berkata, mereka menemui 1.9 kilogram methamphetamin yang disembunyikan di dalam ketulan keju di sebuah premis pusat pembungkusan.

Dadah berkenaan yang dibungkus dengan lapisan kertas karbon ditemui selepas polis melakukan pengimbasan terhadap keju itu sebelum memotongnya.

Kertas karbon berkenaan dipercayai bertujuan mengurangkan bau jika ada.

Dalam satu kejadian lain, polis di negeri Jalisco menggunakan anjing penghidu untuk mengesan 15.4 kilogram heroin yang disembunyikan di dalam bungkusan penghantaran ekspres. - AP

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA