Curi Penutup Tandas: Pelancong China Mohon Maaf


PENUTUP atau tempat duduk tandas pun hendak ‘dicuri’ oleh sepasang pelancong dari China selepas menginap di sebuah hotel di Nagoya, Jepun baru-baru ini.

Kejadian berkenaan menjadi bualan di media sosial selepas pihak hotel mengenal pasti individu yang mencuri penutup tandas itu melalui agensi pelancongan.

Pasangan suami isteri yang dikenali ssebagai Li dan Chen ‘membawa’ pulang penutup tandas itu kerana menyangka barang tersebut adalah milik tetamu lain yang menginap di bilik yang sama.

Stomp melaporkan, penutup tandas itu ditemui bawah katil dalam bilik hotel berkenaan.

Pihak hotel menghubungi pasangan berkenaan melalui agensi pelancongan dan mereka menafikan mengambil penutup tandas sebelum ditemui dalam bagasi.

Pasangan itu memohon maaf dengan kejadian tersebut dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan yang sama pada masa akan datang.

Insiden tersebut mendapat kritikan netizen sehingga ada yang mencadangkan pelancong wanita yang bekerja sebagai pengurus bank di wilayah Taizhou, Zhejiang, China meletakkan jawatan.–MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA