• Coca Cola, GSC Lanjut Perkongsian Lima Tahun Lagi

    Published: Thursday, 27 October 2016
    A- A+


    COCA Cola Malaysia memeterai perjanjian konsesi minuman baharu dengan Golden Screen Cinemas Sdn Bhd (GSC), melanjutkan perkongsian hampir tiga dekad mereka untuk tempoh lima tahun lagi.

    Dalam satu kenyataan bersama hari ini, kedua-dua syarikat itu berkata semua kaunter makanan ringan GSC di seluruh negara akan menawarkan minuman Fanta, Sprite, A&W Sarsaparilla, Minute Maid Pulpy, Coca Light, Coca Light Zero dan Coca Cola.

    Ketua Pegawai Eksekutif Coca Cola's Bottling Investment Group Singapura, Malaysia dan Brunei, Stephen James Lusk, berkata perkongsian itu merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan syarikat tersebut kepada pelanggan Malaysia yang mana ia telahpun melabur sebanyak RM1 bilion antara 2010 dan 2016.

    "Kami mahu mengembangkan lagi perniagaan kami di Malaysia dan untuk berbuat demikian kami perlu menjadi sebahagian daripada strategi pertumbuhan rakan kongsi perniagaan kami," katanya.

    GSC, yang menguasai bahagian pasaran lebih 40 peratus, memiliki 306 skrin di 33 lokasi dan kapasiti tempat duduk lebih 51,000 di Malaysia. - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Coca Cola, GSC Lanjut Perkongsian Lima Tahun Lagi "