Cita Citata Tiba Di Kuching Meriahkan Anugerah Muzik Dayak 2016


KUCHING : Anugerah Muzik Dayak (AMD) 2016 anjuran Dayak Artist Music Association (DAMA) kali ini menampilkan kelainan dalam penganjuran persembahan.

Buat julung kalinya artis antarabangsa daripada Indonesia akan membuat persembahan pada malam ini di samping menampilkan persembahan artis-artis tempatan.

Cita Citata yang popular dengan lagu Goyang Dumang, Sakitnya Tuh Di Sini dan Perawan Atau Janda tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching sebentar tadi.



Ketibaan beliau disambut oleh Presiden DAMA Snowdan Lawan serta Isteri Melinda Caludia Bucking dan Setiusaha Pergerakan Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) Bit Surang.

Cita Citata didatangkan khas untuk memeriahkan lagi anugerah berprestij Bumi Kenyalang itu.

Orang ramai dijemput hadir, dan tidak melepaskan peluang menyaksikan kelincahan Cita Citata dan artis tempatan membuat persembahan di BCCK malam ini. -Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA