Cipta Bahan Baru Dari Bahan Buangan Pupuk Semangat Cintai Alam Sekitar


KUCHING: Buat julung kalinya sebuah Pertandingan Mencipta Bahan Baru Dari Bahan Buangan (Creating New Out Of Old) telah diadakan di Dewan Brooke, Institut Pedidikan Guru Kampus Batu Lintang pada pagi tadi.

Pertandingan tersebut dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak bersama rakan strategik penganjuran, Trenikens (Sarawak) Sdn Bhd dan Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.

Menurut Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak, Puan Hajah Azuri Azizah Hj Saedon, penganjuran Pertandingan Mencipta Bahan Baru Dari Bahan Terbuang ini adalah sempena Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2016 yang akan disambut di Tebingan Sungai Kuching pada 22 Oktober kelak.

"Matlamat penganjuran pertandingan adalah untuk menanam rasa tanggungjawab di kalangan generasi muda terhadap kepentingan menjaga alam sekitar melalui penggunaan semula dan pengurusan bahan buangan yang baik," katanya semasa merasmikan pertandingan itu, di sini, hari ini.

"Program seperti ini adalah platform kepada Jabatan untuk menyampaikan hasrat kerajaan ke arah memupuk semangat cintakan alam sekitar di semua lapisan masyarakat," jelas beliau.

Pertandingan tersebut disertai oleh 20 kumpulan bagi kategori sekolah rendah dan menengah dan 15 kumpulan bagi kategori Institut Pengajian Tinggai Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggai Awam Swasta (IPTS) dari sekitar Bahagian Kuching.

Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Operasi Trienikens, Cik Alice Lee.


Pemenang kategori Sekolah Rendah: SK Kampung Senari



Pemenang Kategori Sekolah Menengah: SMK Semerah Padi


Pemenang Kategori IPTA/IPTS: Politeknik Kuching












No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA