Cinta 'Online', Wanita Perlu Lebih Waspada- Polis



KUCHING: Golongan wanita diingatkan tidak terpedaya dengan pujuk rayu janji manis khususnya kepada cinta di atas talian"online love scam".

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata, bermula Januari hingga September tahun ini sebanyak 33 kes melibatkan online love scam dilaporkan berbanding 11 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Beliau berkata jumlah kerugian mangsa mencecah sehingga RM1438,845.64 pada tahun ini.

"Penipuan terbesar melibatkan seorang wanita berusia 50 tahun bekerja sebagai penjawat awam telah membuat laporan Ogos lalu dimana mendakwa dirinya ditipu oleh seorang lelaki yang dikenalinya pertengahan April lalu berasal dari luar negara yang dikenali menerusi laman sosial Facebook," katanya ketika ditemui pemberita pada sidang media selepas perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di Balai Polis Tabuan Jaya semalam.

Modus Operandi online love scam ini adalah dengan berkenalan dengan mangsa menerusi laman sosial dan seterusnya memberitahu akan mengirim hadiah berharga kepada mangsa menggunakan bungkusan parcel sebelum meminta mangsa membayar sejumlah wang bagi proses dokumentasi.

Bagaimanapun, setelah transaksi dibuat seperti dinyatakan suspek, mangsa dihubungi sekali lagi dan meminta mangsa membayar kononnya kepada pihak kastam supaya barangan terbabit boleh dilepaskan kepada mangsa.

Kes majoriti melibatkan wanita berkerjaya dan Abang Ahmad menyeru agar setiap wanita berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan janji-janji manis orang yang tidak dikenali untuk mengelak terjebak dengan penipuan seperti itu.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA