Chong Menghadapi Tekanan Ekoran Isu Lompat Parti


Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen mula menghadapi tekanan apabila fenomena keluar parti semakin menular di Sarawak dan Sabah.

Chong melebelkan mereka yang keluar dari parti pembangkang sebagai katak politik ?

Bagaimana dengan tindakan bekas ADUN Dudong Yap Hoi Liong yang keluar dari DAP Sarawak tempoh hari.

Adakah Yap juga boleh dilebel sebagai katak politik sedangkan beliau mempunyai alasan kukuh mengapa beliau keluar DAP ?

Dapatkah Chong terima alasan Yap bahawa beliau yang tidak berkemampuan mengampu maka beliau di asing dan disisih oleh pemimpin DAP pusat.

Realitinya Chong sudah merasa tekanan apabila fenomena keluar parti berlaku dalam DAP Sarawak dan berkemungkinan besar ada lagi yang akan menyusul bertindak keluar dari DAP dalam masa terdekat.

Chong mungkin mudah menyalah ahli parti keluar dari parti dengan dakwaan perlbagai tetapi Chong tidak mampu mengawal tindakan keluar parti dari DAP memandangkan ramai yang sudah mengetahui DAP bukan parti berteraskan rakyat tetapi hanya memperjuangkan kepentingan kepimpinan tertinggi DAP Pusat.

Ada yang berani menyatakan DAP bukan parti rakyat tetapi parti yang hanya mempertahankan Lim Guan Eng daripada terkena tindakan undang-undang yang berkaitan dengan gejala rasuah yang sedang dihadapi.

Chong seharusnya peka isu keluar parti bukan dari parti pembangkang sebagai katak politik tetapi Chong harus melihat apa sebenarnya berlaku dalam DAP dimana katak-katak dalam DAP sedang melindungi katak besar yang sedang mengadapi masalah.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA