Chong Mengaku Hadi Mampu Pecah Belah Pembangkang

Hanya kerana hendak membentang Rang Undang-Undang di Parlimen, Hadi Awang (PAS) sudah diakui oleh Chong Chieng Jen (DAP) MP Bandar Kuching mampu memecahbelah pembangkang.

Mana rasionalnya Chong sedangkan di Parlimen sesiapa sahaja boleh membentang apa-apa isu memandangkan ia adalah proses demokrasi di negara ini. Apa salah Hadi nak bentang kerana ia tidak menyalahi perlembagaan.

Baru hendak bentang Chong sudah mengelabah sedangkan belum lagi mendapat kelulusan parlimen. Chong sudah tidak keruan terhadap Hadi. Ini kerana Mungkin Hadi bukan calang-calang pemimpin bagi pihak pembangkang.

Malah Chong sudah menampak kegusaran dimana Hadi boleh menjadi senjata menghancurkan pihak pembangkang. Mungkin bagi pihak Hadi ia bukan jadi masalah kerana PAS bukan lagi dalam pakatan pembangkang.

Ini yang merisaukan Chong, kerana Hadi akan membuat Melayu tidak menyebelahi DAP dan sokongan Melayu terhadap DAP akan berkurangan serta sukar untuk DAP kembalikan sokongan seterusnya. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA