Chong Chieng Jen, memang pandai membodek ?



Inilah Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen yang hanya bersetuju pada setiap kenyataan Lim Guan Eng.

Guan Eng ditemui media menyatakan berkenaan akta sumbangan dana politik tetapi tetap menentang rasuah dalam Barisan Nasional.

Memang sudah menjadi kewajipan bagi Guan Eng yang akan menyalah pihak lain setiap kali berpeluang bercakap depan media.

Apa yang peliknya, Chong sentiasa menyokong tindakan Guan Eng. Bila bab rasuah memang BN yang akan jadi mangsa sedangkan jelas dan nyata Guan Eng telah didakwa atas tuduhan rasuah.

Mungkin Chong sengaja butakan mata dan pekakkan telinga bila 'Taiko' besar DAP yang dikaitkan rasuah.

Hanya tahu mengalih perhatian rakyat dengan isu BN yang rasuah sedangkan selama ini Chong asyik bercakap BN rasuah tetapi tidak pernah tunjuk bukti atau laporan polis bahawa BN rasuah.

Ini baru dikatakan Chong dan DAP Sarawak tidak mempunyai prinsip dan hanya mengikut apa yang DAP pusat katakan. Atau beginikah sebenarnya apa yang dikatakan oleh bekas ahli DAP Yap Hoi Liong yang keluar parti tempoh hari.

"Siapa yang padai membodek akan lebih mendapat peluang dalam DAP," katanya. -Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA