Cerai Isteri Lepas Nikah Dua Jam Gara-gara Snapchat


ARAB SAUDI: Seorang wanita diceraikan selepas dua jam berkahwin kerana melanggar perjanjian dan memuat naik foto perkahwinan menggunakan aplikasi Snapchat.

Laporan media tempatan Okaz mengatakan pengantin lelaki dan pengantin perempuan terlibat telah membuat perjanjian untuk tidak mendedahkan perkahwinan tersebut sebelum itu.

Abang kepada pengantin lelaki mengatakan pengantin perempuan telah bersetuju untuk tidak menggunakan media sosial seperti Snapchat, Instagram atau Twitter untuk memuatnaik foto perkahwinan.

"Ia termasuk dalam kontrak perkahwinan dan telah disahkan. Kakak ipar saya tidak mematuhi perjanjian dan menggunakan Snapchat untuk menunjukkan foto perkahwinan kepada kawan-kawan perempuannya," kata abang pengantin tersebut.

Beliau menambah, adiknya kemudian membuat keputusan mengejut untuk membatalkan perkahwinan dan mengisytiharkan cerai.

Sementara itu, keluarga pengantin perempuan mendakwa perjanjian tersebut tidak adil.

Keluarga pengantin lelaki bagaimanapun bertegas anak mereka mempunyai hak untuk memfailkan penceraian.- SH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA