Cadangan Akta Dana Poltik, Di Manakah Chong Chieng Jen ?


Akta Sumbangan Dan Perbelanjaan Politik yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Konsultatif National mengenai pembiayaan politik akan dibentang kepada Kabinet sebelum dibawa ke Parlimen untuk dibahaskan.

Menurut Setiausaha Agung Barisan Nasional Tengku Adnan Tengku Mansor, Barisan Nasional menerima cadangan tersebut serta bersetuju jika pembangkang turut bersetuju dengan akta tersebut.

Berlainan pula dengan pihak pembangkang seperti Rafizi (PKR) dan Anthony Loke (DAP) yang melontar pelbagai alasan untuk tidak bersetuju terhadap cadangan akta tersebut. Awal-awal pembangkang sudah tidak bersetuju walhal akta tersebut masih dalam peringkat cadangan.

Bagi pihak pembangkang di Sarawak terutama DAP Sarawak, Pengerusi DAP Chong Chieng Jien terus membisu seribu bahasa. Sebelum ini Chong begitu hebat berkempen soal dana politik di pihak Barisan Nasional.

Mengadakan 'TOUR' seluruh Sarawak membawa sepanduk RM2.6 Bilion dan sebagainya serta terus berhujah menghentam dengan nada hasutan mempersoalkan dana tersebut. Ssedikit pun Chong tidak pernah dedah sumabangan rakyat kepada DAP melalui program Impian Sarawak. Beliau lebih gemar menyalah pihak Barisan Nasional.

Mengenai cadangan akta dana politik tersebut, Chong tidak pula berani tampil memberi pandangan. Hanya berdiam diri dan berkemungkinan beliau mengetahui segala sumbangan dana politik mereka akan terbongkar.

Mungkin ada ketidak ketelusan yang berlaku dalam pembangkang, oleh itu mereka membantah dan tidak bersetuju akta tersebut diluluskan nanti. Mungkin Chong berfikiran serupa kerana masalah akan timbul dan kredibiti pembangkang akan mendapat kesan yang tidak baik. -Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA