Cabaran Parti Rakyat Sarawak 12 Tahun Lepas



BINTULU : Parti Rakyat Sarawak (PRS) diawal penubungan menghadapi pelbagai cabaran getir terutama sekali perihal persepakatan dan kekangan kewangan.

Presiden PRS Tan Sri James Jemut Masing berkata, PRS dilahirkan daripada kehilangan Parti Bansa Dayak Sarawak dan tidak mempunyai segala-galanya termasuk kewangan.

"PRS ditubuhkan bukan hendak menjadi musuh kepada Barisan Nasional tetapi ketika itu parti masih dalam dilema.

"Pada waktu itu PRS memang berminat hendak menyertai BN kerana PRS tidak pernah bermusuh dengan BN," katanya ketika perasmian persidangan tersebut.

Menurut beliau, permohonan hedak menyertai BN telah dilanjutkan dan orang yang membuka pintu untuk PRS sertai BN ialah Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

"PRS berterima kasih kepada Adenan kerana menjadikan PRS sebagai keluarga BN justeru merealisasikan impian PRS.

"Tanpa sokongan daripada Adenan, berkemungkinan besar PRS belum lagi menyertai Barisan Nasional Sarawak yang ketika itu dihimpit oleh pelbagai cabaran," jelasnya.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA