Bunuh Isteri Sebab Bekerja Dengan Bukan Muhrim


SEORANG lelaki beragama Islam, Imran Khan mengakui telah membunuh isterinya sendiri hanya kerana isu pekerjaan wanita tersebut.

Menurut Imran, 38, yang menetap di Manchester, United Kingdom, dia membunuh isterinya, Nasreen Khan; 38, pada April lalu kerana dia enggan berhenti kerja seperti yang diarahkannya.

Imran pernah beberapa kali menyuruh isterinya berhenti kerja kerana tidak suka skop pekerjaan isterinya yang terpaksa memegang ramai individu bukan muhrimnya.

Nasreen bekerja sebagai petugas di rumah kebajikan yang menguruskan aktiviti harian warga emas.

Susulan itu dia mengambil keputusan menamatkan riwayat Nasreen dengan menikamnya di kediaman mereka di Cheadle Hulme, Stockport pada 18 April lalu ketika lima anak mereka turut sama berada dalam rumah itu.

Sebelum kejadian, Imran dikatakan menghantar khidmat pesanan ringkas bertulis, “tinggalkan kerja awak” dan “saya tak beri keizinan”.

Pasangan itu dipercayai sering bergaduh sepanjang perkahwinan mereka. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA