Bukan Siaran Langsung Dari Angkasa Lepas


AMERIKA SYARIKAT: Video siaran langsung dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) yang disiarkan di laman sosial Facebook semalam dan menarik jutaan tontonan adalah rakaman lama.

Video gambaran keadaan menakjubkan di ruang angkasa di luar stesen ISS itu ditonton hampir 17 juta pelayar melalui laman Facebook Unilad manakala 26 juta pelayar di laman Viral USA.

Memetik BBC, video berkenaan adalah rakaman lama yang dipercayai dirakam setahun dan tiga tahun lalu.

Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (Nasa) mengesahkan video 'streaming' dari ISS itu adalah rakaman video lama.

Video langsung dari laman Viral US itu dirakam oleh angkasawan Terry Virts semasa perjalanan ke angkasa pada Februari 2015 manakala rakaman di Facebook Uniland adalah rakaman oleh angkasawan Rusia pada tahun 2013.

Nasa berkata, orang ramai dilihat sangat teruja dan berminat terhadap angkasa lepas dan jelas dilihat melalui jumlah tontonan yang sangat ramai ketika ia disiarkan di kedua laman berkenaan.

Menurut Nasa, orang ramai yang mahu melihat video rakaman sebenar boleh melayari laman rasmi Facebook atau Twitter Nasa atau ISS.

Sementara itu, Uniland berkata, mereka memuatnaik video streaming lama tersebut bagi menguji sejauh mana keupayaan ciri siaran langsung yang ada pada Facebook. - SH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA