Buat Laporan Palsu Elak Denda Kad Pengenalan Hilang


TELUK INTAN: Hanya kerana mahu mengelak membayar denda kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) disebabkan kehilangan kad pengenalan, seorang pemuda bertindak membuat satu laporan polis palsu mendakwa dirinya disamun dua lelaki di Langkap dekat sini Isnin lepas.

Bagaimanapun, usaha untuk membuat kad pengenalan baharu secara percuma itu memakan diri apabila lelaki berusia 30 tahun itu ditahan berikutan polis curiga dengan fakta yang dilaporkannya dan hasil soal siasat akhirnya beliau mengakui laporan itu hanyalah rekaan semata-mata.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, individu berkenaan yang berasal dari Kampung Chuang, Hulu Selangor, Selangor sebenarnya telah kehilangan dompet miliknya termasuk kad pengenalan dipercayai tercicir.

"Terdahulu, pemuda yang bekerja sebagai buruh kontrak itu telah membuat satu laporan polis di sini mendakwa dirinya telah memberhentikan motosikalnya di suatu kawasan di Langkap setelah ditahan seorang perempuan Melayu yang motosikalnya kehabisan minyak.

"Pemuda itu mendakwa ketika hendak menolong wanita itu, dua lelaki India telah datang kepadanya dan mengacu pisau di leher dan diminta untuk menyerahkan barang peribadinya," katanya pada sidang media di sini hari ini.-Bernama


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA