Buat Keranda Elak Dibunuh



MANILA: Untuk mengelak daripada mati dibunuh dalam kempen antidadah Presiden Rodrigo Duterte, sebahagian bekas penagih menyerah diri untuk menyertai program pemulihan yang mengajar mereka membuat keranda.

Lebih 700,000 penagih dan pengedar dadah mendaftar dengan pihak berkuasa untuk proses digelar ‘menyerah diri’ namun tidak banyak kemudahan dan program yang ada untuk membantu mereka.

Bagaimanapun, di Olongapo, penagih dadah diajar kemahiran pertukangan kayu dan dibayar 5,000 peso (RM428) untuk membina keranda sebagai sebahagian daripada program kemahiran hidup dan pemulihan kerajaan tempatan.

Seorang bekas penagih berusia 44 tahun yang enggan dinamakan berkata: “Saya tahu jika tidak berubah saya juga akan berada di dalam satu keranda ini.”

Sejak Duterte mengangkat sumpah pada 30 Jun lalu, lebih 3,600 orang mati dibunuh - kebanyakannya didakwa penagih dan pengedar dadah - dalam operasi polis dan pembunuhan oleh orang ramai.

Sekurang-kurangnya 400 penagih menyerah diri kepada polis di Olongapo sejak Jun lalu. Mereka akan menyertai program membuat keranda untuk beberapa bulan akan datang.

Keranda dibuat daripada papan lapis dan dicat putih diberikan percuma kepada keluarga termiskin bandar berkenaan yang tidak mampu mengadakan majlis pengebumian, kata pegawai tempatan.


- Reuters

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA