Bot Terbalik: Dua Lemas, Lima Masih Hilang


ALOR SETAR: Dua maut manakala lima lagi masih hilang apabila sebuah bot penumpang dari Tanjung Dawai ke Pantai Merdeka terbalik kira-kira jam 11 pagi tadi.

Menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat Kedah, tiga daripada mangsa mengalami kecederaan.

Masih tidak dapat dipastikan punca bot berkenaan terbalik dan jumlah penumpang yang dibawa ketika kejadian.

Sementara itu, Bernama melaporkan, dua penumpang bot mati lemas manakala lima orang lagi terselamat dalam kejadian itu.

Bagaimanapun, nasib lima lagi penumpang yang hilang akibat nahas itu belum diketahui.

Bot yang membawa 12 penumpang itu dipercayai terbalik selepas mengalami kerosakan enjin.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Nur Hafizah Mohammad Lokman berkata, pihaknya menerima panggilan pada 10.38 pagi dan tiba di lokasi 30 minit kemudian.

Pada masa ini operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan, katanya.-BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA