Bot karam di Tanjong Po, SAR diaktifkan



KUCHING: Sebuah bot dilaporkan karam di perairan Tanjung Po, di sini, pagi ini.

Jurucakap Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sudah diaktifkan.

"Dua kapal APMM dari pangkalan di Muara Tebas sudah digerakkan untuk melaksanakan SAR. "Setakat ini maklumat lengkap termasuk jenis bot dan berapa ramai anak kapal belum diperoleh.

Kami masih menunggu perkembangan terkini daripada pasukan SAR," katanya.-BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA