Bos FA dipanggil perjelas gaji Sam Allardyce


LONDON: Pengerusi Persatuan Bola Sepak England (FA), Greg Clarke dijangka dipanggil lewat hari ini untuk memberi penjelasan mengenai punca FA membayar gaji sebanyak STG1 juta (RM5.1 juta) kepada Sam Allardyce, meskipun bekas pengurus Three Lions itu hanya 67 hari menyandang tugas berkenaan.

Namun akhbar di Britain melaporkan majoriti Ahli Majlis FA menyokong pembayaran gaji berkenaan kepada Allardyce.

Clarke yang juga bekas pengerusi kelab Leicester menggantikan Greg Dyke 24 Ogos lalu. - Agensi

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA