Bos Beri Pekerja Kereta, Apartmen Sempena Deepavali


INDIA: Seorang lelaki yang digelar 'bos paling baik di India' membuat keputusan untuk memberikan kereta dan apartmen kepada 1,700 pekerjanya.

Menurut laporan CNN, peneraju syarikat berlian Hari Krishna Exports, Savji Dholakia menghadiahkan lebih 1,200 kereta dan 400 apartment kepada pekerjanya sempena hari Deepavali.

Kata Savji, hadiah-hadiah tersebut diberikan kepada pekerjanya yang menunjukkan ciri-ciri 'taat, kebolehan dan bernilai kepada syarikat'.

Jumlah keseluruhan pemberian Savji dianggarkan bernilai RM32.3 juta.

Savji sebelum ini popular kerana memberikan 200 apartment, 400 kereta dan 500 set perhiasan kepada 1,200 pekerjanya dua tahun lepas.

"Kami mempunyai hasil eksport bernilai lebih AS$700 juta ke lebih 70 negara, tetapi tiada yang lebih bernilai daripada pekerja kami," kata Savji.

Walaupun bancian mengatakan pekerja di India lebih menggemari hadiah wang tunai, tetapi Savji suka memberika hadiah dalam bentuk yang lebih praktikal. - SH


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA