Bomoh Cabul Pesakit Ditahan


KLUANG: Polis menahan seorang bomoh kerana dipercayai mencabul seorang wanita yang menerima rawatan membuang santau di Taman Kokping, Simpang Renggam, dekat sini, kelmarin.

Lelaki berusia 59 tahun itu ditahan di kediamannya jam 12.10 tengah malam, selepas wanita berkenaan membuat laporan polis, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham, berkata ibu tunggal berusia 32 tahun itu didatangi leaki terbabit ketika berada di rumah ibu angkatnya di taman berkenaan sebelum mendakwa dia terkena santau.

Katanya, lelaki berkenaan yang juga jiran ibu angkat mangsa, kemudian menawarkan diri untuk merawat wanita itu.

"Mangsa bersetuju dan menerima rawatan selama tiga hari dan pada hari terakhir rawatan, lelaki berkenaan meminta wanita itu dimandikan dengan air sejuk. Ketika itu, lelaki berkenaan meraba dada dan mencium pipi mangsa sebelum mengarahkan wanita itu masuk ke dalam sebuah billik," katanya dalam kenyataan disini, semalam.

Mohamad berkata, lelaki itu kemudian meminta mangsa untuk berbaring di atas sebuah tilam di bilik berkenaan, untuk meneruskan rawatan selanjutnya.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA