Bomba Serah Wang RM2,760 Dijumpai Kebakaran HSA

Bomba Serah Wang Tunai Yang Dijumpai Ketika Kebakaran HSA
BUKAN sahaja berani, malah sikap jujur pasukan bomba yang bertugas di lokasi kebakaran di Hospital Sultanah Amanah (HSA), Johor Bahru, baru-baru ini mendapat pujian ramai pengguna media sosial.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia, ahli bomba berkenaan dilaporkan telah menyerahkan wang tunai yang dijumpai semasa operasi kebakaran di HSA pada Selasa.

Wang tunai itu secara kebetulan dijumpai salah seorang anggota jabatan itu dalam laci meja selepas berjaya memadamkan kebakaran di wad berkenaan pada petang Selasa.

Wang tunai sebanyak RM2,760 terdiri daripada 276 keping not RM10 itu diserahkan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, Ibrahim Omar kepada wakil pengurusan HSA, Dr. Tan Cheng Cheng, kira-kira 5.45 petang pada hari yang sama.

Kebakaran pada Selasa itu mengorbankan enam nyawa, manakala tiga kakitangan HSA mengalami kecederaan dan kini menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA