Bisnes Tanpa Suara


AMPANG: “Selagi ada daya, selagi itulah kami akan usaha cari rezeki halal sendiri kerana tidak mahu mengharapkan belas ihsan orang,” demikian kata Azlinda Mohd Anuar, 35, yang bisu dan pekak sejak lahir.

Azlinda dan suaminya Muhammad Iskandar Zolkhonain, 36, berniaga gerai nasi berlaukkan ayam goreng rempah, kuah gulai dan sambal berharga RM3.50 atau lebih dikenali sebagai ‘Nasi Bajet Meletop’ milik majikannya di Jalan Wawasan 2/2, Bandar Baru Ampang di sini, sejak lebih empat bulan lalu.

Pasangan terbabit yang mempunyai persamaan kecacatan iaitu pekak dan bisu mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan seorang anak lelaki berusia tiga tahun.

Menurut Azlinda, mereka adalah penerima bantuan orang kurang upaya (OKU) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tetapi tidak mahu menjadikan kekurangan diri sebagai batasan untuk memajukan diri berikutan mereka juga berkeinginan hidup seperti orang lain.

“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada majikan memberikan peluang kepada saya dan suami mengendalikan satu daripada gerainya di sini.-HM

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA