Bila Atlet Kita Bergaya Glamor



Kita sering kali melihat mereka dalam uniform pakaian sukan seperti yang dituntut oleh pekerjaan mereka.

Tapi bila mereka sesekali melaram berpakaian kemas dengan sut dan gaun malam, memang nampak glamor dan gemerlapan bak bintang popular menghadiri majlis anugerah.

Memang terpana lihat kesegakan dan kejelitaan atlet-atlet Olimpik dan Paralimpik yang baru-baru ini mengharumkan nama negara dengan pencapaian pingat dalam temasya sukan terbesar dunia itu.

Kesemua atlet tersebut diraikan dalam satu majlis penghargaan di Hotel St. Regis, Kuala Lumpur semalam yang turut disertai Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Antara barisan atlet yang hadir ialah pemenang pingat emas Paralimpik, Ridzuan Puzi, Ziyad Zolkefili, Latif Romly, pemenang pingat perak Olimpik, Dato Lee Chong Wei, beregu campuran Chang Peng Soon, Goh Liu Ying, beregu lelaki Goh V Shem, Tan Wee Kiong dan penerjun negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA