BERSIH 5 Dipandang Sepi Rakyat Sarawak

Himpunan BERSIH 5 di Semenanjung boleh dikatakan mendapat sambutan walaupun kurang mendapat penyertaan daripada orang awam tidak seperti perhimpunan sebelum ini.

Di Sarawak tidak seperti yang diduga kerana sebelum ini penyertaan orang ramai boleh dikatakan ramai, tetapi kali ini ia terus hambar. Orang ramai lebih berminat membawa keluarga bersantai daripada menyertai perhimpunan tersebut.

Kebiasaannya di Bandaraya Miri menjadi pusat perhimpunan paling besar kerana perhimpunan tersebut disertai oleh mereka yang menggelarkan kumpulan sebagai Sarawak for Sarawakian (S4S).

Namun kali ini langsung tidak mendapat sambutan. Menurut sumber yang berada di Miri, hanya beberapa orang sahaja yang ingin berhimpun. Itupun dalam jumlah tidak sampai 10 orang.

Perhimpunan dijadualkan berlangsung pada jam lapan malam tetapi ditunda sehingga jam sembilan malam. Apabila tiada juga yang tidak hadir, maka perhimpunan dibatalkan.

Akhirnya mereka mengadakan aktiviti duduk makan di kedai-kedai kopi. Perhimpunan tidak berlangsung dan bertukar kepada sesi makan dan minum seperti orang awam yang lain.

Ternyata di Sarawak, perhimpunan BERSIH 5 tidak mendapat langsung walaupun Miri dikatakan pusat pengumpulan perhimpunan sebegini. Mereka hanya melakukan provokasi di dalam Facebook sahaja dengan mengajak orang awam bergambar bersama sepanduk Sarawak keluar daripada Malaysia.

Itu sahaja yang mampu mereka lakukan kerana rakyat sudah sedar bahawa perhimpunan tersebut adalah perkara yang tidak berfaedah dan membuang masa sahaja.

Menurut sumber juga, para pemimpin BERSIH 5 di Sarawak hanya mengadakan aktiviti melelong 'T Shirt' BERSIH 5 di tepi jalan sahaja. Itupun kurang mendapat menarik perhatian orang ramai untuk membeli.

Hakikatnya, pemikiran dan penerimaan rakyat Sarawak memang tidak dapat menerima perhimpunan sebegini berlangsung di Sarawak. Apa yang pasti setiap yang tidak berfaedah dan tidak memberi manafaat bagi rakyat Sarawak akan ditolak secara rasional tanpa berlaku kekecohan dan perkelahian.-Sarawakiana

3 comments:

  1. You two are not Sarawak Bumiputera. You two are children of Pendatang from China.

    ReplyDelete
  2. Tak de maknanya,, buang masa buang tenaga.. menyertai perhimpunana yg tak berfeadah tu. Kihkihkib

    ReplyDelete
  3. Who are you to say those individuals are pendatang ? Even yourself are born not knowing thorough the history of how Sarawak come by and how Malaysia was actually come to exists. Neither do I knowing indept... Therefore, eespect others despite their race as Sarawakians are one.

    ReplyDelete

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA