Berkahwin Dengan Datuk Sendiri


Washington: Seorang wanita terperanjat besar apabila mengetahui suami barunya yang berusia 68 tahun yang ditemui melalui laman web mencari teman, ialah datuk kandungnya, tiba bulan selepas mereka berkahwin.

Wanita berusia 24 tahun itu hanya mengetahui jutawan yang menjadi suaminya ialah datuknya selepas melihat gambar bapanya ketika melihat album keluarga lelaki berkenaan.

Menurut Florida Sun Post, wanita itu ada gambar anak-anak suaminya hasil perkahwinan pertama lelaki itu dan salah seorang ialah bapanya. Isteri pertama lelaki itu meninggalkannya dengan membawa bersama anak mereka ke lokasi tidak diketahuinya.

Lelaki itu yang kaya selepas menang loteri dua tahun selepas berpisah dengan isteri pertamanya, berkahwin beberapa kali selepas itu namun semuanya tidak kekal sebelum berkenalan dengan cucunya itu melalui laman web mencari teman, tahun lalu.

Mereka kemudian bertemu buat kali pertama di sebuah restoran, berbincang mengenai keluarga masing-masing sebelum bersetuju untuk berkahwin.

Walaupun sudah mengetahui hubungan kekeluargaan itu, pasangan itu masih tetap tinggal bersama. - metro

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA