Berhenti Sekolah Bukan Sahaja Sebab Miskin Tetapi Disisih Rakan


KUCHING: Seorang pelajar tingkatan dua, Mohammad Yusri Mohd Yusuf yang terpaksa berhenti sekolah bukanlah hanya disebabkan tidak mampu kerana tiada perbelanjaan tetapi atas sebab lain termasuk sering rasa tersisih daripada rakan lain.

Bagaiamanpun, Ketua Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pantai Damai, Jamaiyah Sulaiman menjelaskan, badan bukan kerajaan (NGO) YAKIN sedang berusaha untuk memujuk Yusri untuk kembali bersekolah.

"Yusri tidak meneruskan persekolahan bukanlah semata-mata tidak mampu meneruskan persekolahan atas sebab tiada perbelanjaan tetapi ada sebab tertentu seperti sering rasa tersisih daripada rakan-rakan lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai laporan akhbar kesempitan hidup memaksa Yusri tidak bersekolah demi membantu menjaga orang tuanya.

Yusri tinggal bersama bapanya, Mohd Yusuf Abdullah@Segan, 66, dan ibunya, Mariani Abdullah, 37, di rumah usang mereka yang terletak di Lorong No.1, Kampung Temedak, Jalan Matang di sini.

“Dia sudah berhenti sekolah sebulan yang lalu kerana kesempitan hidup kami tiga beranak.

“Dia terpaksa mengambil tugas saya untuk menghantar dan mengambil ibunya yang bekerja di Politeknik (Kuching), Matang.

“Ini kerana saya kerap diserang sakit kaki dan tidak mampu berdiri lama selain kos persekolahan anak yang saban tahun semakin meningkat,” kata Yusuf yang juga tergolong dalam kalangan orang kurang upaya (OKU).

Sementara itu, Jamaiyah yang juga Pengerusi Skuad Sayang Pantai Damai berkata, pihak telah menziarahi keluarga terbabit minggu lepas bersama sukarelawan, Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) dan YAKIN.

"Semenangnya sudah menjadi tugas Skuad Sayang Pantai Damai untuk memantau dan membantu jika ada keluarga susah yang memerlukan bantuan.

"Maklumat yang diperolehi akan dikumpul dan dikongsian bersama agensi berkaitan dan individu yang mahu membantu," ujarnya.

Malah menurutnya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi sentiasa menekankan aspek kebajikan untuk kesejahteraan masyarakat secara keseluruhannya.

"Program lawatan dan penyampaian bantuan kebajikan sentiasa diteruskan ke kampung-kampung mahupun perumahan dalam kawasan DUN Pantai Damai hasil maklumat daripada anggota Skuad Sayang Pantai Damai dan Pergerakan Wanita PBB Cawangan Pantai Damai," jelasnya.-Sarawakiana

3 comments:

  1. Bukan niat nk mengaibkan.... Nya xda kwn sbb nya mmberikan pengaruh negatif dngn kwn2 nya..... Hanya org yg knl nya jk tauk prangei nya mcm ney.... Memang biak tok xda niat nk blaja pun..... Lucu bila baca kisah tok, sbb kmk org tauk dngn biak tok....

    ReplyDelete
  2. Mun betul perangei nya kedak ya bagus nya diembak kaunseling. Ne tauk nya ada depression ka or nya sosiopath ka. Bahaya dibiar sebab nya boleh membahayakan dirik and orang lain since nya mbak pengaruh sik bagus ngan schoolmate lain. Apa2 pun jgn diambik remeh and berik bantuan fizikal jak. Dari segi psychology pun mok dibantu.

    ReplyDelete
  3. Setuju dengan anda. Kalau nya ngembak pengaruh negative dgn kawan kawan nya, sik akan kawan kawan nya yang banyak sik dapat merik pengaruh positive. Nya masih muda lagik masih boleh di beri ruang dan peluang berubah. Masa kmk sekolah dolok byk kawan yang nakal tapi setelah di beri peluang ada yang jadi ustaz dan lebih baik dari yand lain. Kita jangan jadi penghukum, kita jadi pendalwah. Akhir hidup seseorang kita sik tahu.

    ReplyDelete

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA