Beng Kor Hendak Menjadi Presiden Sarawak?

Beng Kor aktivis Sarawak for Sarawakian (S4S) tegar yang berhasrat untuk membawa Sarawak keluar dari Malaysia, kini sedang menghimpun penyokong yang terdiri daripada anak muda. Walaupun belum ada kepastian jumlah anak muda yang menyertai, namun melalui status Facebook Beng Kor tidak pernah berputus asa untuk merealisasikan hal tersebut.

Apa yang menjadi persoalan kini, Beng Kor bergerak dalam sayap sendiri yang berpisah daripada ketua S4S yang lain, yang hakikatnya mempunyai agenda yang sama. Kumpulan ini seakan-akan berebut untuk satu jawatan jika Sarawak keluar dari Malaysia. Fong Pau Teck mempunyai misi tersendiri dan yang lain turut mempunyai wawasan mereka tersendiri juga.

Yang paling menyerlah ialah Beng Kor yang sering mewujudkan provokasi dan lebih kehadapan berbanding Fong Pau Teck dan lain-lain. Walaupun agenda sama tetapi mereka seumpama sedang mengadakan perlumbaan untuk membawa Sarawak keluar.

Hakikatnya Beng Kor sudah mengumpul anak muda di bawah sayap beliau dan sering mempersoalkan penyertaan anak muda S4S yang hambar di pihak Fong atau yang lain. Justeru Beng Kor lebih agresif mencari sokongan daripada anak muda.

Namun yang jelas, usaha Beng Kor, Fong Pau Teck dan lain-lain membayangkan keinginan untuk berkuasa jika agenda keluar Malaysia menjadi realiti.

Mungkinkah mereka memiliki perasaan yang sama, dan berebut ingin menjadi Presiden Sarawak yang pertama andainya Sarawak keluar Malaysia dan membentuk negara sendiri.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA