Beli Nombor Plat Pendaftaran RM37.3juta


DUBAI: Seorang ahli perniagaan India membayar 33 juta dirham (RM37.3 juta) untuk mendapatkan nombor plat pendaftaran kenderaan satu angka di sini.

Balwinder Sahani, pemilik sebuah syarikat pengurusan hartanah yang berpejabat di Dubai membayar sebanyak itu untuk mendapatkan nombor plat ‘D5’ pada acara lelong anjuran pihak berkuasa pengangkutan Dubai, lapor akhbar Gulf News, semalam.

“Saya sudah mengumpul 10 nombor plat setakat ini dan masih mencari lebih banyak. Ia minat saya. Nombor ini akan digunakan pada satu daripada Rolls-Royce saya,” katanya.

Menurut akhbar itu, lebih 300 pembida menyertai lelongan itu yang diadakan setiap dua bulan.

Pada lelongan semalam, 80 nombor istimewa ditawarkan.

Harga nombor plat paling mahal pernah dilelong di Emiriah Arab Bersatu ialah untuk nombor 1 di Abu Dhabi apabila ia dibeli oleh ahli perniagaan Saeed Al Khouri yang membayarnya dengan harga 52.2 juta dirham (RM59 juta) pada 2008.-Agensi

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA