Bekas Timbalan Pengarah Suspek Kelima Ditahan SPRM



KOTA KINABALU: Seorang lagi suspek ditahan semalam bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes penyalahgunaan kuasa bernilai RM3.3 bilion di sebuah jabatan kerajaan negeri di Sabah.

Ia menjadikan lima suspek ditahan setakat ini selepas pengarah dan timbalan pengarah jabatan berkaitan utiliti itu serta dua individu lain ditahan pada 5 Oktober lalu.

Suspek kelima berumur 62 tahun itu ialah bekas timbalan pengarah di jabatan sama tetapi bersara pada tahun lalu dan dilantik sebagai Penasihat Kewangan Negeri Sabah.

Sumber memberitahu BH, siasatan awal mendapati suspek juga menerima sejumlah wang daripada kontraktor ketika memegang jawatan timbalan pengarah di jabatan terbabit.

"SPRM juga telah merampas dua kereta milik suspek iaitu Mercedes Benz dan Toyota Land Cruiser, namun tiada sebarang rampasan membabitkan wang tunai setakat ini.

"Suspek kini direman enam hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut," katanya di sini, sebentar tadi. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan tetapi enggan mengulas lanjut.-BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA