Beberapa Jalan Ditutup Sempena HSN 2016 Sabtu Ini


KUCHING: Beberapa jalan di sekitar bandar raya ini ditutup mulai jam 5.30 pagi bagi memastikan kelancaran Hari Sukan Negara 2016 Sabtu ini bertempat di Padang Merdeka.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata, polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching akan menutup dan melencongkan laluan di beberapa kawasan sehingga jam 10.30 pagi bergantung aliran trafik.

Lokasi kawasan yang akan ditutup ialah:

1. Lampu isyarat jalan RTM / Jalan Satok menuju ke Padang Merdeka
2. Jalan Gambier ke Lebuh Java
3. Jalan McDougall
4. Simpang masuk ke Jalan Wawasan ke Jalan Lebuh Wayang
5. Lampu isyarat Jalan Pearl ke Jalan Wawasan berhadapan Plaza Merdeka
6. Jalan Main Bazaar ke Jalan Lebuh Wayang menuju ke OUB Bank
7. Lampu isyarat St Mary menuju ke Jalan Mc Dougall
8. Jalan Gambier menuju ke Jalan Main Bazaar (UOB Bank)

“Sehubungan itu orang ramai dinasihatkan supaya datang awal untuk meletakkan kenderaan di beberapa kawasan yang ditetapkan iaitu di Taman Reservior, Green Hill, Bangunan Saujana, Medan Letak Kereta Top Sport, Medan Letak Kereta Sarawak Plaza, Dewan Suarah, sepanjang Jalan Main Bazaar, sepanjang Jalan P. Ramlee, tempat letak kereta poliklinik sebelum jam 5.30 pagi," katanya pada sidang media di Bilik Mesyuarat IPD Kuching hari ini.

Beliau menambah, seramai 60 anggota polis dibantu 30 anggota rela dan disertai 28 orang marshall akan mengawal selia keselamatan sepanjang aktiviti Fun Run dan Fun Ride berlangsung bermula jam 6.30 pagi hari yang sama.

Abang Ahmad juga menyeru orang ramai supaya mematuhi setiap arahan pegawai dan anggota keselamatan yang bertugas dan memastikan keselamatan kenderaan masing-masing.-Sarawakiana


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA