Bayi Lelaki Dilahirkan Dalam Lif HUS



KUCHING: Seorang wanita selamat melahirkan anak di dalam lif Hospital Umum Sarawak (HUS) bersama dua jururawat selepas terperangkap hampir sejam.

Kesemua mangsa dipercayai berjaya dikeluarkan sekitar jam 4.46 pagi tadi.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata, selepas laporan diterima, sepasukan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang di lokasi kejadian.

"Setibanya di tempat kejadian didapati seorang mangsa yang merupakan wanita mengandung bersama dua orang jururawat terperangkap dalam lif di aras empat HUS.

"Ketiga-tiga mangsa berjaya dikeluarkan dengan bantuan penyelenggara hospital yang bertindak membuka pintu lif dengan menggunakan kunci lif," katanya.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA