Bayi Baru Lahir Ditinggalkan Dekat Tong Sampah Di Sibu


SIBU: Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui sekumpulan pelajar sekolah berdekatan tong sampah di Jalan Lai Chee awal pagi tadi.

Memetik laporan akhbar tempatan Utusan Borneo hari ini, sejurus sekumpulan pelajar melihat bayi yang masih bertali pusat dan bernyawa itu mereka terus memaklumkan penghuni rumah yang berada dihadapan lokasi penemuan bayi tersebut.

Menurut penghuni rumah yang dikenali sebagai Catherine,27 yang terkejut dengan perkhabaran mengenai penemuan bayi berkenaan beliau terus membawa bayi yang mengigil kesejukan tersebut masuk ke rumah dan membalutnya dengan kain sebelum membersihkannya dengan mandian air suam.

"Sebagai ibu yang telah melahirkan tiga anak lelaki, saya tidak mempunyai masalah untuk menjaga bayi ini" katanya.

Sehingga berita ini ditulis, kes ini masih dalam siasatan pihak polis-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA