'Batman' Buru 'Badut Pembunuh' Di Britain


CUMBRIA: Serangan 'badut menggila' kini melanda Britain, menyebabkan polis memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak memakai kostum badut untuk menakutkan atau mencederakan orang, lapor akhbar harian Britain.

Seorang lelaki di Cumbria dilihat bertindak sendiri untuk penguatkuasaan dengan memakai kostum Batman dan menangkap badut.

Menerusi gambar di Facebook, 'Batman' itu dilihat mengejar seorang badut.

BBC Cumbria melaporkan syarikat tempatan Cumbria Superheroes merupakan dalang dalam cubaan untuk 'membersihkan' badut-badut tersebut di jalanan.

Syarikat itu menjelaskan bahawa lelaki yang memakai kostum itu bukanlah berkelakuan sebenar seperti adiwira dalam filem.

Malah, mereka hanya cuba untuk menenangkan kanak-kanak yang dihantui 'badut pembunuh'.

BBC Cumbria berkongsi satu paparan skrin mengenai mesej yang didakwa daripada seorang kanak-kanak yang tenang selepas mendapat tahu 'Batman' telah menangkap badut.

Menurut mesej itu: "Hi Batman, nama saya xxx. Saya begitu takut dengan situasi mengenai badut ini (pihak sekolah beritahu kami mengenainya semalam). Saya melihat di akaun Facebook ibu saya mengenai anda menangkap badut. Ini bermakna saya boleh pergi ke sekolah dan tidak ditakutkan. Terima kasih di atas usaha anda."

Satu pasukan polis di Britain berdepan dengan 14 insiden berkaitan dengan badut dalam tempoh 24 jam, manakala pasukan polis di seluruh negara memberi isyarat bahawa insiden seumpama itu meningkat. - The Straits Times/Asia News Network

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA