Bas Langgar Lori Di Bintangor, 42 Penumpang Selamat


BINTANGOR: Seramai 42 penumpang bas ekspres mengalami detik cemas apabila kenderaan tersebut bertembung dengan sebuah lori membawa muatan sampah.

Akibat pelanggaran di Jalan Kelupu, Bintangor itu, lori sampah terbalik di bahu jalan manakala kedua-dua pemandu bas dan lori mengalami kecederaan ringan.

Bagaimanapun kesemua penumpang bas dan tiga orang kelindan lori tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan yang berlaku sekitar jam 9.20 malam tadi.

Menurut jurucakap bomba, tiada gerak kerja menyelamat dijalankan.

"Pasukan bomba terus menjalankan kerja-kerja membersih kawasan kemalangan dan membuang serpihan kaca yang bertaburan di atas jalan raya," katanya.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA