Baru Bian Minta Pemimpin PKR Sokong Cadangan Adenan

KUCHING: Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian melahirnya sokongannya terhadap cadangan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem untuk mengembalikan hak-hak Sarawak menerusi usul meminda satu fasal dalam Perlembagaan Persekutuan di Parlimen.

Menurut Baru Bian, pihaknya menyokong sepenuhnya cadangan Ketua Menteri untuk memastikan pindaan yang dibuat pada 1976 itu dapat dipinda semula.

“Bagi pihak PKR, kami akan menyeru Ahli Parlimen PKR untuk menyokong usul itu jika ia dibentangkan di Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’kalalan mengakui serius dan bersungguh-sungguh berharap pemimpin-pemimpin parti akan berdiri belakang KM (Ketua Menteri). Tanpa mengira latar belakang serta bilangan agar semua Ahli Parlimen perlu membentuk perwakilan yang kukuh untuk Sarawak.

“Meskipun KM telah meminta dari Perdana Menteri berkaitan autonomi dan royalty, namun perlu ada usaha serta sokongan yang kuat untuk merubah pindaan yang dibuat pada 1976 agar hak-hak Sarawak dapat dikembalikan,”ujarnya

Beliau menambah, Kerajaan Persekutuan harus sedar bahawa rakyat Sarawak bersatu dalam isu ini dan tidak sanggup lagi dianggap sebagai rakan yang miskin.

Adenan pada Ahad, mencadangkan agar parlimen meminda satu fasal dalam Perlembagaan Persekutuan untuk memboleh hak-hak Sarawak yang telah terhakis sejak 1976 dapat dikembalikan. – Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA