‘Baring’ Dalam Longkang Kerana RM1


SEORANG murid lelaki terpaksa ‘berbaring’ selama 15 minit selepas terperangkap di dalam longkang di Sekolah Kebangsaan Batu Belah, Klang, Selangor tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa yang berusia lapan tahun dikatakan cuba mengambil duit belanja sekolahnya yang terjatuh di dalam longkang itu.

Difahamkan, pihak sekolah cuba mengeluarkan mangsa namun gagal kerana tidak mempunyai peralatan untuk membuka penutup longkang selain bimbang keselamatan murid itu.

Ketua Balai Bomba Sungai Pinang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Zaidi Ahtan berkata, mangsa gagal keluar selepas mengambil wang kertas RM1 yang terjatuh ke dalam longkang yang berpenutup besi.

“Anggota bomba bertindak mencungkil penutup longkang dan berjaya mengeluarkan mangsa beberapa minit kemudian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan diserahkan kepada pihak sekolah untuk tindakan selanjutnya. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA