Bapa Lalai, Anak Jatuh Eskalator


MALANG tidak berbau. Tindakan seorang bapa yang meletakkan anaknya di bahu akhirnya membawa musibah selepas kanak-kanak itu terjatuh dari tingkat dua di sebuah pusat membeli belah di Bukit Jambul, Pulau Pinang.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku semalam kira-kira jam 6.42 petang apabila kanak-kanak yang diletakkan di bahu seorang lelaki jalan menuju eskalator bersama seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki.

Ketika menaiki eskalator itu, lelaki tersebut dikatakan gagal mengimbangkan badan dan menyebabkan kanak-kanak yang tidak diketahui jantinannya itu jatuh ke tingkat satu di hadapan sebuah kedai.

Kejadian tersebut berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di kompleks berkenaan dan dikongsikan Penang Kini dalam Facebooknya hari ini.

Dalam video berkenaan memaparkan kanak-kanak yang memakai baju berwarna merah duduk di atas bahu seorang lelaki dipercayai bapanya.

Kurang seminit, kanak-kanak yang sama kelihatan terjatuh dari eskalator dan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Seorang lelaki yang memakai baju berwarna jingga mengambil mangsa dan membawanya ke sebalik tembok.

Orang ramai di dalam kompleks berkenan turut terkejut dnegan kejadian itu dan ada yang berlari selepas melihat kanak-kanak malang itu terjatuh.

Difahamkan, kanak-kanak berkenaan kini dalam keadaan tidak sedarkan diri di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang.

Turut kedengaran dalam video yang berdurasi 57 saat itu, suara individu yang menyalahkan lelaki dipercayai bapa mangsa yang meletakkan anaknya dalam keadaan bahaya ketika menggunakan eskalator.

Netizen turut kecam tindakan lelaki berkenaan dan mahukan kejadian tersebut menjadi pengajaran kepada golongan bapa.–MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA