Bantuan Wang Ihsan Untuk Tampung Perbelanjaan Harian

Micheal Guba
KUCHING: Penerima bantuan wang ihsan banjir tetap bersyukur dengan pemberian kerajaan itu biarpun jumlahnya hanya RM500 dan tidak cukup untuk membeli kelengkapan rumah yang rosak disebabkan bencana banjir awal tahun ini.

Seorang penerima berusia 56 tahun, Micheal Guba berkata, bantuan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu mereka sekeluarga membeli barangan keperluan harian.

"Setiap kali banjir, kelengkapan rumah seperti perabot dan barangan elektrik rosak. Namun, saya bersyukur dengan pemberian bantuan ini.

"Memang tidak dapat untuk membeli barangan yang rosak tetapi boleh digunakan untuk membeli keperluan harian kami sekeluarga," katanya yang menetap di Kampung Suri.

Menurutnya, sekurang-kurangnya bantuan tersebut membuktikan ada pihak sudi membantu penduduk yang terjejas akibat bencana banjir awal tahun ini.

Abdul Wahab Mentali,65, dari Kampung Sandong turut melahirkan rasa bersyukur dengan pemberian bantuan wang ihsan banjir tersebut.

Abdul Wahab Mentali
"Memang duit ini tidak dapat digunakan untuk membaiki barangan yang rosak akibat banjir lepas, tetapi ia boleh digunakan untuk membeli barangan penting lain," ujarnya.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA