Bantuan Bekalan Makanan Untuk Mangsa Taufan Matthew Tiba


HAITI: Bantuan makanan pertama untuk mangsa taufan Matthew di sepanjang barat daya Haiti dilaporkan tiba di negara itu, kelmarin.

Konvoi terdiri daripada dua trak membawa bekalan beras yang dihantar Program Makanan Sedunia (WFP) dan dua lagi dari badan kebajikan swasta, telah dihantar ke bandar teruk terjejas di Port Salut serta Roche a Bateau di Semenanjung Tiburon.

Proses agihan bantuan tersebut kepada penduduk yang turut dipantau anggota polis, berjalan dengan lancar tanpa berlaku sebarang insiden tidak diingini.

Sementara itu, pegawai dari Kementerian Kesihatan Haiti, Margareth Mallet memaklumkan bahawa rancangan awal mereka adalah untuk menghantar bantuan kepada 250 keluarga di Port Salut dan ia dijangka dapat menampung keperluan mereka selama beberapa minggu. - AFP

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA